Rompin, 11 Oktober 2014 – Aktiviti sukan bola jaring merupakan
salah satu sukan yang popular di kalangan kaum wanita. Baru-baru ini satu
Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) telah dianjurkan oleh Pejabat
Belia Dan Sukan Daerah Rompin dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah
Rompin. Cabutan undi untuk setiap
pasukan telah dilangsungkan sehari sebelum hari kejohanan bertempat di Pusat
Persatuan Kecergasan Daerah Rompin.
Pihak penganjur telah memilih
Dewan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin bagi melangsungkan program tersebut
yang telah disertai oleh 10 pasukan bola jaring dari seluruh daerah Rompin,
Pahang. Program telah bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan sedikit taklimat ringkas
oleh Pengerusi Persatuan Daerah Rompin iaitu Datin Nor Azam Binti Haji Johan
kepada setiap peserta kejohanan. Encik Mohd. Izuddin Bin Ilias, Pegawai Belia
Dan Sukan Daerah Rompin turut menghadirkan diri di kejohan tersebut serta
menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang.
Tujuan utama penganjuran program
tersebut adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam acara sukan bola jaring
untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Program sebegini dilihat
dapat memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di kalangan para belia. Pihak
penganjur berharap penganjuran program ini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik
oleh para peserta untuk beriadah sambil bersukan di hujung minggu.
No comments:
Post a Comment