Rompin, 26 April 2015 – Terbaru ini seramai 34 orang kurang upaya
(OKU) iaitu terdiri daripada 13 orang perempuan dan 21 orang lelaki telah
menyertai Program Inspire iTalent dengan jayanya. Program yang telah
berlangsung di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pantai Bernas itu telah
memberi peluang dan ruang kepada golongan OKU ini untuk menyerlahkan lagi bakat
kesukanan yang ada dalam diri masing-masing.
Program yang bermula sekitar jam
9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh Encik Najhan Bin Mohamed, Penolong Pegawai
Belia Dan Sukan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang. Dalam ucapan
perasmian beliau menyeru agar golongan kurang upaya ini mempertingkatkan lagi
rasa keyakinan diri untuk terus maju ke hadapan kerana golongan tersebut adalah
istimewa dalam masyarakat. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Wan
Mahazani Bin Wan Tahir, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rompin.
Tujuan utama penganjuran program
ini ialah untuk mengukur serta menguji tahap keupayaan umum golongan orang
kurang upaya (OKU) dari segi kesukanan. Selain itu, penganjuran program juga
adalah bertujuan untuk memilih peserta OKU yang berkelayakan untuk di
ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Harapan pihak penganjur semoga program sebegini dapat di teruskan di masa-masa akan datang bagi memberi peluang dan ruang kepada golongan orang kuran upaya (OKU) tampil menyerlah dan seterusnya mengharumkan nama negara.
No comments:
Post a Comment